Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ibu-ibu yg muda & comel..
"Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Tanggal 13.03.2013 lahirlah puteri ke-2 ku si comel Nur Damia Insyirah selamat di lahirkan dan bermulanya dunia penyusuan saya... Sejak dari mengandung saya memang bertekad untuk memberi susu badan sepenuhnya dan segala persiapan untuk menyusu dh d sediakn sejak awal kehamilan lg...
Sejam selepas di lahirkan,baby Damia sudah di berikan susu ibu dan alhamdulillah Damia mendapat susu kolostrum...apa itu susu kolostrum? Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Namum untuk menyusukan bayi sepenuhnya memerlukan kekuatan mental dan semangat yang sangat kuat..Dan sokongan dri org yg terdekat terutamanya en suami... saya juga pernah mengalami masalah kekurangan susu tapi saya tak pernah patah semangat... bermacam-macam cara saya cuba.. berurut, makan sayuran hijau, makan pil tambah susu...& yang terkini saya baru mencuba produk keluaran shaklee...Doa & harapan agar dapat meneruskan penyusuan Damia hingga 2 tahun.
Walaupun saya seorang ibu berkerjaya tp ini semua tidak menghalang @ mematahkan semangat sy untuk memberikan Damia susu ibu.Sewaktu kerja sy akan cuba pam susu sekurangnya 3kali sehari.Sy akan buat yg terbaik untuk melihat Damia membesar dengan susu ibu.
Di sini saya kongsikan kelebihan dan khasiat susu ibu untuk bayi :
- Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema
- Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi
- Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
- Mencegah dari penyakit rabun malam
- Mencegah bayi dari mendapat alahan
- .Menggelakkan taun
- Menggelakkan jangkitan telinga
- Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.
"Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi."
Banyakkan khasiat susu ibu? jadi apa lagi ibu-ibu nak fikirkan? Berikanlah anak anda susu ibu sepenuhnya sebab susu ibu adalah hak si kecil :)